Wednesday, November 11, 2009


Gambar Angah, masa umur 9-10 tahun.

Cupping @ Berbekam



Minggu lepas, saya berbekam kerana selalu saja rasa pening, terutama bila menghadap komputer, mengantuk dan sakit kepala bila lepas makan dan ini tanda-tanda darah tinggi dah mari. Saya ni penakut sikit dengan doktor, kalau tak betul-betul demam, saja-saja nak pergi jumpa doktor, memang jauh panggang dari api. Jadi, bila tanda-tanda penyakit ni dah datang, maka tidak lain dan tidak bukan saya berbekam atau cupping. Sebagai rujukan di bawah diambil dari satu laman web tentang cupping ataupun berbekam.



What is Cupping


Cupping is a method of treatment in which a jar is attached to the skin surface to caurse local congestion through the negative pressure created by introducting heat in the form of an ignited material. This type of treatment has been practise by the chinese and the Arab for thousand of years.In Malay this practice is known as 'BEKAM' and in Arabic the called 'AL-HIJAMAH' while in China 'gua-sha'. In Arabic this method of therapy was popularised by our propet Muhammad S.A.W ( 570-635 )A.D as state in many Hadith.
The Saying of Prophet Muhammad sawRasullullah saw said," Jibrail alaisalam repeatedly emphasised upon me to resort to cupping to the extent that I feared that cupping will be made compulsary." - Jamul' Warsaii p.179.




Pengalaman


Sebenarnya, saya telah beberapa kali berbekam - mengeluarkan darah dengan Pak Ngah Haris di Seksyen 19 Syah Alam. Dulu saya fikirkan bekam pakai tanduk kambing gurun, seorang dukun atau orang tua menyedut tanduk tu, kemudian keluarlah darh beku dari bekas hisapan pak dukun tu. Tempat bekam yang utama di kepala. Kepala dibotakkan ikut saiz tanduk, dituris dengan pisau cukur dan disedot le darah tu.




Tapi, bekam yang dibuat oleh Pak Ngah Haris tak le sebegitu. Beliau memakai mesin penyedut, menggunakan alat turisan (sebenarnya bukan dituris, tetapi dicucuk dengan benda tajam, macam pisau bedah hospital). Kemudian cup yang divacumkan ditekap ke bahagian yang telah terbit darah tadi. Hasilnya, darah akan keluar dan terasa kelegaan pada kepala, tengkuk, pelipis kiri dan kanan, bahagian belakang dan belikat. Bagi saya, inilah kaedah yang berkesan untuk hilangkan stres.

Foto sebelah: terdapat percikan darah di bahagian atas dalam mangkuk, kerana apabila mangkuk ditekapkan, sedutannya menarik darah. Tapi tak semua mangkuk memercikan darah.
Lebih kurang 20-30 minit, mangkuk bekam dicabut dan darah yang beku seperti jeli dibuang dari badan. At the moment mangkuk ditanggalkan, badan terasa amat ringan. Beberapa foto tentang bekam darah disertakan. Pak Ngah sesekali tidak akan membekam bahagian kepala atau tengkuk, alasannya darah kotor hanya di belakang, nabi berbekam di belakang dan ketiga beliau takut terkena saraf yang terlalu penting di kepala. Silap haribulan boleh nyanyuk . So, beliau tak membekam di bahagian kepala. Jumlah bekam -biasanya 5 spot saja, kalau diminta lebih, beliau akan buat 7 cupping. Tapi saya nasihatkan agar tak buat 7 bekaman sebab badan akan rasa lemah sedikit.


Kata orang, bekam akan meninggalkan kesan ketagih. Bagi saya setiap 6 bulan saya pasti berbekam, bukan pasal ketagih tapi rasa lega yang tak boleh lawan mana-mana pengubatan moden. Foto sebelah adalah darah beku macam jeli yang dikeluarkan daripada bekas bekaman.
Tahap kesakitan, tak lah sakit mana, bahkan rasa perit di bahagian belikat khususnya menambahkan umphhhh dan ke"sedapan" berbekam. Ingin mencuba, cubalah.




Tanaman Kelapa Sawit

Kebelakangan ini, saya telah mulai memikirkan tentang projek pertanian yang boleh mendatangkan hasil. Antaranya ialah tanaman kelapa sawit. Antara kabar yang saya terima, dikatakan kelapa sawit boleh mendatangkan hasil dalam masa 3 tahun (36 bulan) dan hasil tersebut berpanjangan sehingga umur pokok berusia 20 tahun (bermakna 17 tahun pungut hasil).

Proses sediakan tapak
Kos tolak tanah, membuat teres dan lubang untuk 2 ekar ialah RM5500.00. Pagar RM3000.00

Proses tanam
Jumlah anak pokok yang boleh ditanam ialah 60 pokok seekar. Dua ekar ialah 120 pokok.
Kos beli benih RM 10.00 x 120 = RM 1200.00 + Upah lori RM 200 = RM 1400.00

Hasil tuaian ialah setiap 21 hari. Baja dan racun tak boleh miss setiap bulan. Untuk kos bulanan (baja dan racun untuk 2 ekar kira-kira RM 500 termasuk upah).

Info sedang dicari, kerana tanah akan dibuatkan teresnya dalam masa dua minggu ini.

So kos yang terlibat dalam menyediakan teres dan

Info pertama:-
CARA-CARA MENANAM KELAPA SAWIT
PENDAHULUAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.
Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.
Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).
Penutup bumi adalah untuk:
1. Mengawal hakisan
2. Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
3. Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
1. Centrosema pubescens
2. Pueraria phaseoloides
3. Calopogonium mucunoides/caeruleum

Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:

Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan. Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit. Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-

Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6

Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan kaedah tanaman kelapa sawit sila rujuk:-

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_kelapasawit.htm

Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
PenanamanPenanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
Jarak
Jumlah Pokok
Meter (Kaki)
Hektar (Ekar)
8.5 (28)
160 (65)
8.7 (29)
148 (60)
9.0 (30)
136 (55)
Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.
Tanaman selinganTanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

Ternakan Ternakan :
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian BiologiInstitut PenyelidikanMinyak Kelapa Sawit MalaysiaPeti Surat 10620,50720 Kuala Lumpur
Tel: 03-8259155/8259775
Teleks: MA 31609
Telefax: 03-8259446
Dipetik dari risalah Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992


Info ke-2

Anggaran Hasil Buah Tandan Segar Sawit Di Ladang

Membuat anggaran hasil buah tandan segar (BTS) di ladang adalah salah satu amalan penting dalam pengurusan ladang sawit. Anggaran hasil BTS yang tepat dapat membantu perancangan keperluan pekerja, kenderaan, belanjawan, jualan hadapan, pembinaan kilang dan pusat intolasi di pelbagai peringkat.
Salah satu kaedah membuat anggaran hasil BTS bagi setiap empat bulan ialah secara mengira tandan hitam. Tandan hitam yang dimaksudkan dalam pengiraan ini ialah tandan hitam yang berkilat berumur lebih daripada 1.5 bulan selepas pendebungaan, juga termasuk tandan muda dan tandan masak yang masih terdapat pada pokok berkenaan.
Anggaran hasil BTS diperoleh dengan mendarabkan bilangan tandan dengan anggaran berat tandan. Pengiraan sedemikian dianggap hampir tepat kerana perubahan berat tandan dalam masa yang singkat adalah tidak ketara berbanding dengan perubahan bilangan tandan dalam tempoh masa yang sama.