Sunday, July 5, 2009

GAMBUS BRUNEI SABAH

Sejak 2007, saya terlibat dengan penyelidikan Gambus Masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Projek kepunyaan Jabatan Muzium Malaysia, di ketuai oleh Encik Kamaruddin Zakaria. Kawasan penyelidikan meliputi Pantai Barat Sabah dari Kota Kinabalu hingga ke Sipitang. Banyak pengalaman dan kenangan pahit manis bersama rakan-rakan penyelidik iaitu Hakimi, Haji Anis (APM,UM) Azam Dungun dari UPSI dan lain-lain penyelidik. Pembantu penyelidik dari MEDM, JMM ialah Cik Siti dan Pn Norazlina dan beberapa urusetia yang lain . Azahan dan Tajul adalah fotografer serba boleh. Manakala tim dari Labuan diketuai oleh Pn Miti Fatimah. Kami bertugas siang malam, tak kira tempat. Kalau musim pesta gambus, acara selesai jam 1.00 pagi, dan biasanya kami sampai semula ke hotel penginapan jam 3.00 pagi.
Kalau tim yang turun hanya 3-4 orang sahaja, maka masa untuk menikmati rehat amat sedikit, biasa turun saja dari kapal terbang, kami dah masuk kereta terus ke lapangan. Sering juga kami keluar dari hotel jam 6.00 pagi, tatkala anak dan isteri dirumah belum bangun lagi. Awal-awal dulu, memang mereka begitu curious - aik awalnya keluar kerja. Kat rumah biasa jam 7.00 baru nak start kereta? Akhirnya mereka faham juga, jam 6.00 di Sabah sudah amat terang.