Wednesday, November 11, 2009

Tanaman Kelapa Sawit

Kebelakangan ini, saya telah mulai memikirkan tentang projek pertanian yang boleh mendatangkan hasil. Antaranya ialah tanaman kelapa sawit. Antara kabar yang saya terima, dikatakan kelapa sawit boleh mendatangkan hasil dalam masa 3 tahun (36 bulan) dan hasil tersebut berpanjangan sehingga umur pokok berusia 20 tahun (bermakna 17 tahun pungut hasil).

Proses sediakan tapak
Kos tolak tanah, membuat teres dan lubang untuk 2 ekar ialah RM5500.00. Pagar RM3000.00

Proses tanam
Jumlah anak pokok yang boleh ditanam ialah 60 pokok seekar. Dua ekar ialah 120 pokok.
Kos beli benih RM 10.00 x 120 = RM 1200.00 + Upah lori RM 200 = RM 1400.00

Hasil tuaian ialah setiap 21 hari. Baja dan racun tak boleh miss setiap bulan. Untuk kos bulanan (baja dan racun untuk 2 ekar kira-kira RM 500 termasuk upah).

Info sedang dicari, kerana tanah akan dibuatkan teresnya dalam masa dua minggu ini.

So kos yang terlibat dalam menyediakan teres dan

Info pertama:-
CARA-CARA MENANAM KELAPA SAWIT
PENDAHULUAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.
Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.
Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).
Penutup bumi adalah untuk:
1. Mengawal hakisan
2. Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
3. Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
1. Centrosema pubescens
2. Pueraria phaseoloides
3. Calopogonium mucunoides/caeruleum

Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:

Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan. Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit. Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-

Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6

Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan kaedah tanaman kelapa sawit sila rujuk:-

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_kelapasawit.htm

Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
PenanamanPenanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
Jarak
Jumlah Pokok
Meter (Kaki)
Hektar (Ekar)
8.5 (28)
160 (65)
8.7 (29)
148 (60)
9.0 (30)
136 (55)
Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.
Tanaman selinganTanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

Ternakan Ternakan :
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian BiologiInstitut PenyelidikanMinyak Kelapa Sawit MalaysiaPeti Surat 10620,50720 Kuala Lumpur
Tel: 03-8259155/8259775
Teleks: MA 31609
Telefax: 03-8259446
Dipetik dari risalah Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992


Info ke-2

Anggaran Hasil Buah Tandan Segar Sawit Di Ladang

Membuat anggaran hasil buah tandan segar (BTS) di ladang adalah salah satu amalan penting dalam pengurusan ladang sawit. Anggaran hasil BTS yang tepat dapat membantu perancangan keperluan pekerja, kenderaan, belanjawan, jualan hadapan, pembinaan kilang dan pusat intolasi di pelbagai peringkat.
Salah satu kaedah membuat anggaran hasil BTS bagi setiap empat bulan ialah secara mengira tandan hitam. Tandan hitam yang dimaksudkan dalam pengiraan ini ialah tandan hitam yang berkilat berumur lebih daripada 1.5 bulan selepas pendebungaan, juga termasuk tandan muda dan tandan masak yang masih terdapat pada pokok berkenaan.
Anggaran hasil BTS diperoleh dengan mendarabkan bilangan tandan dengan anggaran berat tandan. Pengiraan sedemikian dianggap hampir tepat kerana perubahan berat tandan dalam masa yang singkat adalah tidak ketara berbanding dengan perubahan bilangan tandan dalam tempoh masa yang sama.

9 comments:

  1. untuk pembajaan boleh mencuba Bio-One-plus
    boleh layari mdaarifent.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bagaimana anggaran budget tanam sawit bg tahun 2015

    ReplyDelete
  3. Kalau berminat dengan baja FPM keluaran felda,boleh hubungi saya 013-9858258(izwan- Bijak Tani Ent)

    ReplyDelete
  4. Kalau berminat dengan baja FPM keluaran felda,boleh hubungi saya 013-9858258(izwan- Bijak Tani Ent)

    ReplyDelete
  5. Askum aziz blh call sya x brhubung pnanaman sawit.

    ReplyDelete
  6. Askum aziz, berapa anggaran bajet utk tnam sawit? tanah sya keluasan 7 ekar. Pecahan angaran bajet yg sya ingin tahu spt berikut:
    1. Kos Bersih tanah.
    2. Kos Linning.
    3. Kos Gali Lubang ( anggaran 420 lubang).
    4. Kos pagar (pagar guna tiang kayu 1x2, kawat duri 4 baris, pastik orkid). Please call me hp: 0172323685. Tq

    ReplyDelete
  7. 500 pokok sawit, berapa ekar tanah ye?

    ReplyDelete
  8. anggaran hasil bagi 60 pokok sawit berapa RM?

    ReplyDelete
  9. nak sewa excavator cuci hutan,tolak pokok sawit n cincang n lain2 boleh hbgi saya..area batu kurau shja..0134041016(azmi)

    ReplyDelete